Info Kompleks MSN Kuala Rompin, Pahang

Selamat Datang Ke Blog Kompleks MSN Kuala Rompin, Pahang.

Kompleks MSN Kuala Rompin Pahang juga dikenali sebagai Pusat Latihan Angkat Berat Kebangsaan. Mula ditubuhkan pada tahun 1998 di bawah Program Sukan Komanwel 1998. Dibawah RMK-9, kerajaan memperuntukkan kerja-kerja naik taraf pusat ini. Kerja-kerja naiktaraf telah siap sepenuhnya pada Julai 2012.

Kompleks ini telah menjadi medan latihan bagi atlet-atlet angkat berat pelbagai kategori dan telah lahirnya beberapa jaguh-jaguh angkat berat peringkat kebangsaan seperti Amirul Hamizan Ibrahim dan Faizal Baharom dan jaguh-jaguh di peringkat kebangsaan.

Atlet-atlet angkat berat Majlis Sukan Pahang juga sedang menjalani latihan angkat berat secara sepenuh masa dalam projek pembangunan bagi acara tersebut.

1 comment: